tema 6

Tema 6


Tema 6 : Cabaran Masa Hadapan


MEMBINA BUDAYA KERJA CEMERLANG

Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini,murid dapat:
  • Memberikan penjelasan tentang budaya kerja cemerlang.
  • Menghuraikan kepentingan budaya kerja cemerlang.
  • Mengamalkan budaya kerja cemerlang untuk kemajuan diri dan negara.
  • Menghayati budaya kerja cemerlang.
  • Menghargai usaha meningkatkan budaya kerja cemerlang.

MEMBINA BUDAYA KERJA CEMERLANG

Etika kerja
merupakan panduan dan prinsip dalam sesebuah organisasi
kepentingan : memastikan supaya pekerja sentiasa menunjukkan prestasi kerja yangg cemerlang, setia, dan bangga kepada kerja, tidak mementingkan diri sendiri, serta sentiasa menjalankan kewajiban agama

Kualiti Kerja
ditakrifkan sebagai menurut keperluan yang ditetapkan dalam melaksanakan sesuatu kerja di samping memuaskan hati pelanggan
kepentingan : memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati semua pihak, mengelakkan kesilapan, dan pembaziran

peningkatan ilmu dan kecekapan
menjuruskan kepada usaha pekerja untuk menambah ilmu dan kemahiran selaras dengan perkembangan dunia hari ini
kepentingan : menggalakkan pekerja mencari pendekatan baru lagi meningkatkan kepakaran dan kecekapan serta bersikap inovatif dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

penyelidikan dan pembangunan
bertujuan menghasilkan inovasi bagi meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan
kepentingan : memeberikan kepuasan kepada pelanggan dari segi barangan yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan


rasuah sifar
menekankan amalan bersih , cekap, ikhlas, dan amanah dalam urusan perkhidmatan
kepentingan : mengelakkan rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa serta mengelakkan kepincangan dalam sistem sosial, ekonomi, dan politik negara


kebajikan pekerja
ditekankan kepada majikan agar mengambil berat akan aspek keselesaan dan kebajikan pekerja di tempat keja serta peluang meningkatkan kerjaya
kepentingan : memotivasikan pekerja hingga timbul suasana selesa, selamat, dan gembira supaya mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh dan organisasi mereka mencapai kecemerlangan


PENGGUNA RASIONAL

Hasil Pembelajaran 
Pada akhir unit ini, murid dapat :
  • Menghuraikan ciri-ciri pengguna yang rasional
  • Menerangkan hak dan tanggungjawab sebagai pengguna
  • Menjelaskan etika pengguna dan peniaga
  • Membincangkan kepentingan standard terhadap keselamatan pengguna, industri dan alam sekitar
  • membudayakan standard kepenggunaan dalam kehidupan seharian
  • Mengamalkan sikap sebagai pengguna yang rasional
  • Peka tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna yang rasional


Hak pengguna
  • hak mendapatkan keperluan asas
  • hak mendapatkan perlindungan keselamatan
  • hak mendapatkan maklumat
  • hak membuat pilihan 
  • hak bersuara
  • hak mendapat ganti rugi
  • hak mendapatkan pendidikan kepenggunaan 
  • hak mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Tanggungjawab pengguna

terhadap diri :
  • membeli secara rasioanal dan bijak
  • membuat belanjawan diri
  • bersedia mengambil tindakan
  • mempunyai kesedaran mengkritik terhadap masyarakat 
  • bersatu padu dan bekerjasama
  • bersedia memikul tanggungjawab sosial
  • menjaga alam sekitar dan alam semula jadi
Etika pengeluar
  • perlu mengenal dan menerima hak-hak pengguna
  • memastikan etika perniagaan yang jujur
  • berpegang pada prinsip persaingan yang adil
  • memberikan maklumat yang lengkap, tepat, dan benar
  • tidak memburukkan peniaga-peniaga lain


Standard dan keselamatan pengguna
standard - garis panduan agar produk atau perkhidmatan selamat dan sesuai untuk digunakan oleh pelanggan
Peranan Jabatan Standard Malaysia, SIRIM Berhad, dan International Organization for Standardization (ISO)


Etika pengguna
terhadap penjual atau peniaga :
  • tidak wajar menawarkan harga sehingga merugikan penjual 
  • memenuhi kontrak yang telah dibuat dengan penjual
  • tidak membatalkan pembelian dan memulangkan barang
  • tidak wajar meminta perkhidmatan yang berlebihan
  • membayar tepat pada masa yang dijanjikan
  • bekerjasama dan bersopan santun

Terhadap masyarakat :
  • melibatkan diri dalam pergerakan kepenggunaan 
  • bersatu mempertahankan hak pengguna berbelanja dengan bijak
  • memelihara alam sekitar
  • tidak menyebarkan khabar angin 
  • melaksanakan tanggungjawab sosial


No comments:

Post a Comment