Tema 3 : Hidup Bermasyarakat
UNIT 4 : KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH SOSIAL DALAM MASYARAKAT.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini , murid dapat :
- Megenal pasti isu dan masalah sosial yang wujud dalam
masyarakat
- Menyenaraikan faktor yang menyebabkan wujudnya isu
dan masalah sosial dalam masyarakat
- Menyenaraikan akibat daripada masalah sosial dalam
masyarakat
- mengambil tindakan yag wajar untuk menangani isu dan
masalah sosial dalam masyarakat
- Peka terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat
1.Terdapat pelbagai isu dan masalah social yang mengancam masyarakat terutamanya remaja.
2.Antara masalah sosial tersebut berikut:
- Penyalahgunaan dadah.
- Penderaan
- Penyalahgunaan teknologi.
- Pergaulan bebas.
- Vandalisme
- Gengsterisme.
3. Antara punca-punca yang mengakibatkan timbulnya pelbagai isu dan masalah sosial dalam masyarakat :
- Pengaruh rakan sebaya.
- Kepincangan keluarga.
- Pengaruh budaya kuning dari barat.
- Tiada pegangan agama yang kukuh.
4. Gejala sosial ini akan membawa kesan yang buruk terhadap diri ,keluarga, masyarakat dan negara kerana ia mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan serta merugikan negara.
- Kepincangan keluarga.
- Pengaruh budaya kuning dari barat.
- Tiada pegangan agama yang kukuh.
4. Gejala sosial ini akan membawa kesan yang buruk terhadap diri ,keluarga, masyarakat dan negara kerana ia mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan serta merugikan negara.
5. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi membasmi gejala sosial negatif:
- Mengadakan kempen kesedaran.
- Menguatkuasakan undang-undang.
- Memberikan didikan agama dan moral.
- Memberi khidmat nasihat dan kaunseling.
- Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan baik iaitu
memberi perhatian dan kasih sayang.
UNIT 5 : PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DALAM MASYARAKAT
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini , murid dapat :
- Menyenaraikan norma komuniti , peraturan dan undang-
undang dalam masyarakat
- Menjelaskan peranan norma komuniti, peraturan
dan undang-undang dalam masyarakat
- Menghuraikan kepentingan mematuhi peraturan dan
undang-undang keselamatan jalan raya
- Menerangkan tujuan undang-undang jenayah juvenil yang
digubal
- Mengamalkan norma komuniti , peraturan dan undang-
undang dalam kehidupan masyarakat
- Menggunakan jalan raya secara berhemah
- Mematuhi norma komuniti, peraturan dan undang-undang
dalam masyarakat
1. Norma ialah tingkah laku yang telah menjadi kebiasaan
Contohnya :
- Bersalaman apabila bertemu
- Membuka kasut sebelum masuk ke dalam rumah
2. Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi kebiasaan dan diterima oleh komuniti.
3. Antara amalan norma komuniti dalam masyarakat.
- Adab dalam majlis rasmi dan di meja makan.
- Amalan bergotong-royong.
- Amalan membuka kasut sebelum masuk rumah.
- Anak-anak menghormati dan mentaati ibu bapa atau orang
yang lebih tua.
- Dilarang melakukan jenayah yang salah di sisi undang-
undang.
4. Peraturan pula adalah segala yang ditetapkan sama ada secara lisan atau bertulis dan harus dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.
Contohnya :
- beratur ketika membeli makanan di kantin
- senyap ketika di perpustakaan
5. Undang-undang ialah peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi.
Contohnya :
- Akta Mahkamah Kanak-kanak 2001 untuk membendung
masalah Juvenil
6. Antara kepentingan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat adalah:
- Membentuk anggota masyarakat yang beradab, beretika,
berdisiplin dan bertanggungjawab.
- Menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah
negara.
- Membimbing dan mendorong kehidupan yang lebih baik
dan sempurna.
- Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
- Mengawal tingkah laku dan perlakuan serta kehidupan
dalam sesebuah komuniti.
7. Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau antisocial yang dilakukan oleh golongan juvana yang berusia di bawah 18 tahun.
8. Contoh jenayah juvenil berat ialah :
- Jenayah buli
- Peras ugut
- Jenayah seksual
- Jenayah lumba haram
9. Pesalah juvana lazimnya tidak akan dikenakan hukuman penjara sebaliknya akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney yang dikelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

No comments:
Post a Comment